Friday 21 November 2014

Biodata Ran Mouri



Ran Mouri merupakan teman Shinichi semenjak kecil lagi . dilahirkan pada 1 Oktober. berketinggian 160 cm. Ran mula menyukai Shinichi sewaktu usianya 16 tahun. waktu itu mereka berada di paris. sewaktu Ran hampir dibunuh oleh seorang pembunuh gila,Ran telah jatuh pengsan. ketika itulah Shinichi datang dan menyelamatkannya. sejak itulah dia mula menyedari bahawa dirinya menyukai Shinichi..

ayahnya adalah Mouri Kogoro,seorang detektif yang agak kalut dan suka membangga diri.. ayahnya merupakan bekas polis dan juga bekas penembak tepat. tetapi disebabkan satu peristiwa Mouri telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai polis. ibunya pula adalah Kisaki Eri. seorang peguam yang sangat berkaliber. disebabkan satu konflik di antara Kisaki dan suaminya Mouri,dia telah membawa diri dan meninggalkan suami dan anaknya. namun itu tidak bermakna tiada lagi cinta buat suaminya..

Ran merupakan seorang wanita yang sangat mahir dalam seni mempertahankan diri iaitu karate. ini dapat dibuktikan apabila dia  pernah mendapat johan dalam kejohanan karate di peringkat negeri. artis yang menjadi idolanya adalah Sheron dan Yukiko Kudo,ibu kepada Shinichi..

jenis darahnya adalah A.. sama seperti Shinichi (dan aku..hehe). 

Ran merupakan antara golongan yang selalu menanti kepulangan Shinichi. dia juga merupakan seorang wanita yang sangat tabah.Ran juga sangat mengenali Shinichi sehingga dia dapat membezakan Shinichi dengan orang lain. Ran juga sering merasakan Conan itu adalah Shinichi. namun Shinichi sering saja menggunakan pelbagai helah untuk mengaburi mata Ran.

Ran juga mempunyai banyak kelebihan . selain mahir dalam karate,,dia juga sangat bijak menguruskan rumah tangga. ini kerana semenjak kecil lagi dia perlu menggalas tanggungjawab meguruskan rumah tangga kerana emaknya telah melarikan diri sari rumah. dia juga pandai dalam bermain piano,acting,bermain biola dan sangat bernasib baik dalam permainan poker.

Ran juga merupakan seorang sahabat dan anak yang sangat baik. disebabkan itulah dia sering disayangi oleh orang disekelilingnya. Ran juga merupakan seorang wanita yang sangat diminati oleh ramai orang lelaki. hal ini menyebabkan Shinichi berasa sangat risau dan cemburu. namun Ran sangat setia terhadap Shinichi dan tidak pernah jemu menanti kepulangan Shinichi. 

Ran juga telah menerima luahan perasaan Shinichi sewaktu berada di London,dihadapan menara jam besar. namun dia berasa malu untuk membalas perasaan Shinichi. lalu dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. tindakannya itu menyebabkan Sonoko,sahabat baiknya berasa marah. 

Ran juga merupakan seorang wanita yang suka membanti orang lain sehingga kadang-kadang dia langsung tidak menghiraukan soal dirinya. Ran juga merupakan seorang wanita yang sangat takutkan hantu.  Ran juga kerap kali pengsan dan ini menyebabkan Shinichi berasa risau. 

~setakat itu saja la kot.. tak mau bagi lebih-lebih,, haha.. aku harap sangat aku dapat jadi macam Ran.. baik.. disukai ramai.. mesti best kan? ~

-NSR-

Biodata Shinichi Kudo



Nama Shinichi Kudo. umur adalah 17 tahun. belajar di Sekolah Menengah Tinggi Teitan di dalam kelas Tahun 2 Kelas B bersama-sama Ran Mouri,sahabatnya semenjak kecil. dilahirkan pada 4 Mei. seorang detektif yang terkenal di sekitar Tokyo,Jepun. Sherlock Holmes merupakan idolanya. makanan kegemarannya adalah pie lemon.. tetapi sangat tidak menggemari kismis. warna kegemarannya adalah merah (sama la macam aku..ahakss) 

ayahnya adalah Yusaku Kudo,seorang novelis penyiasatan yang terkenal. ibunya pula,Yukiko Kudo adalah seorang pelokan yang diminati ramai peminat sehingga ke peringkat antarabangsa. ibunya juga sangat mahir dalam seni penyamaran.

Shinichi Kudo sangat mahir dalam bermain bola sepak. baginya ketika melakukan gelicikan,dapat menajamkan mindanya. tinggi Shinichi adalah 178 cm. pernah meluahkan perasaannya pada Ran sewaktu di London,dihadapan jam besar. namun,masih belum mendapat balasan dari Ran. 

telah menghilangkan diri sewaktu menemani Ran,sahabatnya sejak kecil ke taman tema. dia telah hilang kerana dirinya telah berubah ke saiz budak kecil lalu mengambil tindakan dengan mengubah namanya menjadi Conan dan bersembunyi di rumah Ran.

Shinichi sangat peka terhadap benda-benda kecil. bakatnya untuk menjadi seorang detektif telah dapat dilihat semenjak kecil lagi. dia juga memiliki bakat terpendam dalam penyiasatan secara semula jadi. Shinichi menjadi sangat teruja jika mendengar tentang kod rahsia dan deduksi. tempat yang menjadi idaman Shinichi adalah London.

Shinichi mula menyukai Ran semenjak kecil lagi. kerana itulah dia langsung tidak melayan para peminat yang meminatinya. (sweet kan.. huhu) bakat Shinichi di dalam bola sepak sering digunakan untuk menumpas kan penjenayah. (cool habis.)

-NSR-

My Love





Detctive Conan mengisahkan tentang seorang budak sekolah rendah yang berjaya menyelesaikan banyak kes pembunuhan. tiada siapa pun mengetahui bahawa dirinya adalah Shinichi Kudo,seorang pelajat sekolah menengah yang juga merupakan detektif yang terkenal di Jepun. Dia telah berubah menjadi kecil kerana dipaksa makan sejenis ubat yang dipanggil APTX 4869 oleh organisasi hitam. walaupun begitu ubat tersebut hanya merubah bentuk fizikal tetapi langsung tidak menggangu ketajaman otaknya untuk berfikir..

untuk menyembunyikan identitinya,dia telah menggunakan nama Conan Edogawa dan bersembunyi di rumah teman wanitanya,Ran Mouri. ayah Ran iaitu Kogoro Mouri juga merupakan seorang detektif.. Mouri menjadi detektif yang sangat terkenal kerana dibantu oleh Conan secara diam. di samping membantu Mouri menyelesaikan banyak kes,Conan juga tidak pernah berhenti mencari tahu keberadaan organisasi hitam. dia ingin berjumpa organisasi hitam ini secepat mungkin agar dia dapat menjumpai penawar yang dapat merubahkan bentuknya ke asal. tetapi malangnya penawar itu masih tidak dapat dihasilkan sehingga kini.

Ran,teman wanitanya tidak pernah berhenti menanti Shinichi agar pulang kesisinya.. dia langsung tidak mengetahui bahawa Shinichi sentiasa bersamanya dan tidak pernah meninggalkannya. Shinichi sering melindungi Ran secara diam. 

tidak semua orang mengerahui identiti sebenar Conan Edogawa kecuali:
(1) Heiji Hatsutori- juga seorang detektif yang terkenal di Osaka,Jepun
(2) Prof. Agasa- jiran Shinichi.. dia merupakan orang pertama yang mengetahui identiti sebenar Conan
(3) Haibara Ai- merupakan saintis yang dipaksa oleh organisasi hitam untuk membuat ubat APTX 4869.dia juga turut memakan ubat tersebut agar dapat melepaskan diri dari organisasi hitam.
(4) Sherry- salah seorang ahli organisasi hitam. namun dia masih tidak memberitahu rahsia shinichi kepada ketuanya.. entahla kenapa


setakat itu je laa yang dapat aku kongsikan.. sebenarnya macam-macam lagi yang aku nak luahkan.. tp aku berhenti setakat itu dulu.. ini merupakan anime kegemaran aku. lepas nie aku akan kongsikan lebih banyak lagi info tentang shinichi.. <3

-NSR-