Friday, 21 November 2014

My Love





Detctive Conan mengisahkan tentang seorang budak sekolah rendah yang berjaya menyelesaikan banyak kes pembunuhan. tiada siapa pun mengetahui bahawa dirinya adalah Shinichi Kudo,seorang pelajat sekolah menengah yang juga merupakan detektif yang terkenal di Jepun. Dia telah berubah menjadi kecil kerana dipaksa makan sejenis ubat yang dipanggil APTX 4869 oleh organisasi hitam. walaupun begitu ubat tersebut hanya merubah bentuk fizikal tetapi langsung tidak menggangu ketajaman otaknya untuk berfikir..

untuk menyembunyikan identitinya,dia telah menggunakan nama Conan Edogawa dan bersembunyi di rumah teman wanitanya,Ran Mouri. ayah Ran iaitu Kogoro Mouri juga merupakan seorang detektif.. Mouri menjadi detektif yang sangat terkenal kerana dibantu oleh Conan secara diam. di samping membantu Mouri menyelesaikan banyak kes,Conan juga tidak pernah berhenti mencari tahu keberadaan organisasi hitam. dia ingin berjumpa organisasi hitam ini secepat mungkin agar dia dapat menjumpai penawar yang dapat merubahkan bentuknya ke asal. tetapi malangnya penawar itu masih tidak dapat dihasilkan sehingga kini.

Ran,teman wanitanya tidak pernah berhenti menanti Shinichi agar pulang kesisinya.. dia langsung tidak mengetahui bahawa Shinichi sentiasa bersamanya dan tidak pernah meninggalkannya. Shinichi sering melindungi Ran secara diam. 

tidak semua orang mengerahui identiti sebenar Conan Edogawa kecuali:
(1) Heiji Hatsutori- juga seorang detektif yang terkenal di Osaka,Jepun
(2) Prof. Agasa- jiran Shinichi.. dia merupakan orang pertama yang mengetahui identiti sebenar Conan
(3) Haibara Ai- merupakan saintis yang dipaksa oleh organisasi hitam untuk membuat ubat APTX 4869.dia juga turut memakan ubat tersebut agar dapat melepaskan diri dari organisasi hitam.
(4) Sherry- salah seorang ahli organisasi hitam. namun dia masih tidak memberitahu rahsia shinichi kepada ketuanya.. entahla kenapa


setakat itu je laa yang dapat aku kongsikan.. sebenarnya macam-macam lagi yang aku nak luahkan.. tp aku berhenti setakat itu dulu.. ini merupakan anime kegemaran aku. lepas nie aku akan kongsikan lebih banyak lagi info tentang shinichi.. <3

-NSR-

No comments:

Post a Comment